Sunday 19 January 2014

Prof Madya Dr Mat Rofa bin Ismail UPM (Bahagian Pertama)

Assalamualaikum w.b.t.. dan
Salam Satu Malaysia.

     Blog ini mengandungi beberapa siri Diskusi Ilmiah tentang pelbagai tajuk merangkumi al-Quran dan Sains, Sejarah dan Ketamadunan Umat Islam dan lain-lain yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa bin Ismail, Pensyarah dari Universiti Putra Malaysia dan telah disiarkan oleh Radio Malaysia JAKIM Salam FM dalam Program "Minda Intelek" dan "Tamadun Islam" 2010

Tujuan program itu disiarkan semula di sini adalah  semata-mata untuk menyebarkan ilmu dan maklumat berguna kepada masyarakat. 

Walaubagaimanapun, sebahagian dari rakaman ini audionya kurang jelas, Bagi tajuk yang kurang jelas, dicadangkan anda menggunakan Earphone supaya anda dapat mendengar dengan lebih baik. 

Saya mohon maaf diatas sebarang kekurangan ini, Harapan saya semuga manfaatnya dapat dikongsi bersama   - Penyusun.

1) Diskusi ilmiah oleh Prof Madya Dr Mat Rofa bin Ismail Dari UPM yang mengulas buku karangan Prof Zaghlul al-Najjar bertajuk "Sky In Quran" sebuah buku yang mengkaji tentang kemukjizatan al-Quran dan dibuktikan oleh Sains moden. disiarkan oleh Radio Malaysia JAKIM Salam FM dalam Program "Minda Intelek" 2010.

Bintang-bintang Menurut al-Quran Intro 1

Sinopsis :-
Pengenalan buku "Sky in Quran" karangan Prof. Zaghlul al-Najjar.
Bagaimana buku ini diperolehi.
Tujuan buku ini dikarang
Biodata Prof.Zaghlul al-Najjar
Gambar-gambar dikeluarkan oleh NASA, Hubble Space dan satelit-satelit lain.
Maksud Kosmologi
Sains dan al-Quran tidak berkonflik
Maksud Ulil al-Bab
Bumi sebagai "Bahtera" kita bersama.
Sinopsis :-
-Kejadian alam semesta permulaan dan kesudahan.
-Dr Zaghlul al-Najjar mengkagumkan intelektual lain.
-Pembentangan kertas kerja Geologi di Moscow.
-Gunung-ganang dalam al-Quran
-Perbandingan gunung-ganang dengan kapal layar.
-Prof Russia mengucap syahadah dalam seminar Dr Zaghlul.
-Masyarakat Eropah tertarik dgn Prof Zaghlul Najjar.
-Prof.Zaghlul Najjar pernah dtg ke Sabah-TV3
-Hubungannya dgn Prof Halim Mahmud bekas Rektor al-Azhar.
-Konsep "Langit sedang Mengembang" berlawanan dengan konsep "Langit telah Tetap".
-Hasil kajian sains hari ini semakin hampir kepada kebenaran al-Quran

Bintang-bintang Menurut al-Quran Siri 1-1
Sinopsis :-
Asal bintang dari debu panas, menurut al-Quran sebagai "Dukhan"
Saintis menyatakan asal bintang dari gas hidrogen dan helium
Pusingan hayat bintang
Keserasian Sains dan al-Quran dalam kajian bintang
Bintang2 mengelilingi galaksi sebagaimana umat islam mengelilingi kaabah
Bintang2 mengelilingi galaksi arah lawan jam
Umat Islam mengelilingi kaabah arah lawan jam

Bintang-bintang Menurut al-Quran Siri 1-2
Sinopsis :-
Maksud perkataan "Dukhan" dalam al-Quran merujuk kepada asal bintang
Matahari dalam al-Quran
Jangkahayat matahari dan bintang2.
Perjalanan matahari dalam surah Yasin
Fasa the Red Giant, Supernova sebelum hancurnya matahari.
Maklumat tentang hancurnya bintang dalam surah al-Rahman
Gambar yg dirakam oleh satelit mengesahkan fakta dalam surah al-Rahman

Bintang-bintang Menurut al-Quran Siri 2
Sinopsis :-
Maksud as-Sama' (langit) dlm al-Quran
Asal usul Kosmos (langit)
Perjalanannya
Bumi sebahagian dari kosmos
Keharmonian perjalanan objek-objek kosmos
Pandangan saintis terdahulu tentang kosmos (langit telah tetap)
Pandangan sains moden (langit sedang mengembang)
Al-Quran terlebih dahulu menyatakan langit sedang mengembang.(Surah az-Zariyat)
Hikmah kenapa ilmu kosmologi dimajukan oleh orang barat.
Russia menghantar roket pertama ke angkasa adalah sebahagian dari sumbangan tamadun Islam.
Kepentingan ilmu kaji bintang (falak) dalam tamadun Islam.

Bintang-bintang Menurut al-Quran Siri 3-1
Sinopsis :-
Sumbangan umat islam terhadap kajian angkasa lepas.
Sejarah penciptaan Teleskop
Ciptaan Roket oleh umat islam
Ciptaan Torpedo oleh umat Islam
Kekalahan umat islam dalam Perang Salib
al-Quran sumber kekuatan umat Islam
Sejarah telah diputarbelitkan oleh Barat
Nama dan istilah angkasa yang masih menggunakan perkataan arab
Nama tempat dan geografi yang masih menggunakan perkataan arab
Kemajuan barat hari ini adalah sambungan dari pencapaian Tamadun Islam terdahulu.
Sinopsis :-
Rusia membina teknologi angkasa diatas runtuhan kerajaan Islam Samarqand
Bulan dalam tamadun Islam
Kenapa meteor yang menghentam bulan tidak menghentam bumi
Bumi mengeluarkan daya yang berupaya menolak serangan meteor.
Bumi mempunyai penangkis (al-Quran)
Bulan pernah terbelah dua dalam peristiwa mukjizat nabi Muhammad.
Dibuktikan oleh catatan sejarah dan gambar bulan oleh satelit NASA
Trigonometri, algorism, algebra ilmu yang diasaskan oleh umat islam menjadi asas kpd penciptaan komputer moden hari ini.
Kepentingan mengkaji sejarah

Bintang-bintang menurut al-Quran Siri 4-1
Sinopsis :-
Planet bumi-hubungannya dengan kehidupan manusia
Bumi dalam al-Quran.
Lapisan mantel dijadikan sesuai untuk kehidupan manusia.
al-Quran menyatakan bumi berbentuk bulat
Eropah kuno beranggapan bumi berbentuk rata. Mereka tidak belayar kerana takut terjatuh.

Bintang-bintang menurut al-Quran Siri 4-2
Sinopsis :-
7 Lapisan bumi
Bumi sebagai dewan peperiksaan terbuka untuk manusia (tempat ujian)
Graviti bumi - hubungannya dengan koklea dalam telinga.
Cabaran al-Quran supaya manusia meneroka angkasa (surah al-Rahman)
Graviti bumi sangat sesuai dengan kehidupan manusia.

Bintang-bintang menurut al-Quran Siri 5
Sinopsis :-
Supernova (kematian bintang)
Red Giant kepada White Dwarf berulang-ulang dan pecah
dan tersebar keseluruh alam semesta sebagai meteorite (tahi bintang)
Black hole dinyatakan dlm al-Quran sebagai bintang yang berlari dan mempunyai kuasa menyedut.
Black hole dalam kajian sains barat juga mempunyai sifat yang sama.
dlm surah al-Toriq blackhole dinyatakan sebagai "bintang yang cahayanya menembusi" atau tukul
denyutan (radiowave, pulse, quasar)
Kiamat dlm al-Quran
Kiamat dlm Sains
Matahari terbit dari barat sebelum kiamat dari perspektif  Islam dan Sains.
Teori "alam mengembang" lawan teori "alam menguncup"

Bintang-bintang Menurut al-Quran Final-1
Sinopsis :-
Gambaran Hari Kiamat menurut al-Quran
Gambaran Hari Kiamat menurut Saintis
Hari Kiamat-Langit akan digulungkan menurut al-Quran dan Sains
Teori "the Big Bang" dan "the Big Crunch"
Asal langit satu paduan kemudian dikembangkan akhirnya akan disatukan kembali (kiamat)

Bintang-bintang Menurut al-Quran Final-2
Sinopsis :-
Dimanakah berlakunya perhimpunan di Padang Mahsyar
al-Quran dan Sains sependapat pada Hari kiamat graviti akan terbalik keatas.
Islam berkembang pesat di Eropah hari ini.
Konflik antara Islam dan Sains tidak berlaku.
Fenomena gempa bumi hari ini adalah tanda-tanda hampirnya Kiamat.

Ilmu Akhir Zaman (Islamic Eschatology)

Syeikh Imran Hossein - Introduction to Islamic Eschatology-Sepang, Malaysia.